PROGRAM: KERJAYA

Intro

Pimpinan kerjaya dan pendidikan membantu pelajar untuk membuat keputusan bijak berkenaan dengan kerjaya yang perlu mereka ceburi berdasarkan kepada minat, kebolehan dan semangat mereka, dan menilai peluang kerjaya masa kini dan masa depan. Para pelajar akan digalakan untuk mengetahui dunia perkerjaan dalam pelbagai industri dan mengambil langkah positif untuk mencapai aspirasi mereka.

Kepentingan Pimpinan Kerjaya dan Pedidikan (PKP)

PKP memainkan peranan kritikan dalam menyediakan pelajar untuk alam pekerjaan terutamanya dalam membina kemahiran mereka untuk kekal relevan dalam ekonomi global dan mengharungi kehidupan yang berobjektif. Kajian mengenai program PKP yang dijalankan di negara luar mendapati program ini membantu pelajar membuat keputusan yang tepat dan baik berkenaan pendidikan dan kerjaya mereka. Ia juga memberi kesan positif terhadap pencapaian akademik pelajar.

Objektif PKP

PKP mengalakkan pelajar untuk membina aspirasi dan merancang secara proaktif demi masa depan mereka.
Sasaran PKP adalah:

  • Memupuk kesedaran diri, halatuju diri dan kemahiran hidup pelajar untuk menetapkan sasaran berpatutan, pembelajaran berterusan dan menambah nilai di tempat kerja mereka di masa hadapan.
  • Membantu pelajar untuk menghayati serta mengambil keputusan yang bijak berkenaan dengan pendidikan tinggi dan kerjaya mereka.
  • Menerapkan nilai penghargaan terhadap kesemua kerjaya dan sumbangan kerjaya terhadap kewujudan dan kemakmuran masyarakat.

Join With  Us Today For This Program!